Komuniti As Salam bermula pada tahun 2018 dengan inisiatif anak muda yang ingin menggerakkan komuniti berpusatkan Masjid As Salam. Bermula dengan program Khidmat Itu Nikmat, usaha pertama ialah Khidmat Gelandangan, menyantuni anak-anak gelandangan di sekitar pekan Semporna.
Kemudian, program Khidmat Sampah dan Khidmat Kubur diperkenalkan, menumpukan kepada kebersihan dan menyelesaikan isu sampah di kawasan tersebut. Dari pelbagai usaha ini, lahirlah idea untuk menubuhkan Komuniti As Salam bagi memperkasa dakwah melalui program kebajikan dan kemasyarakatan.
Dengan moto “Memasyarakatkan Masjid, Memasjidkan Masyarakat”, komuniti ini menggerakkan jemaah dan belia untuk mendekati masyarakat sambil membawa nilai dan identiti masjid.
Pendekatan Kami Pendekatan Komuniti As Salam adalah mudah: jika masyarakat tidak datang ke masjid, maka masjid akan dibawa kepada mereka. Melalui program khidmat dan kemasyarakatan, ruh dan nilai masjid dijadikan asas untuk mendekati masyarakat, selari dengan moto masjid itu sendiri.
eo.
MISI
Memperkasakan gerakan komuniti yang menjadikan masjid sebagai pusat komuniti setempat
Berusaha mencapai kecemerlangan oraganisasi melalui pengurusan masjid yang menepati piaiwan yang ditetapkan
Berusaha mencapai pengimarahan melalui program-program berdakwah, majlis ilmu, riadah dan aktiviti kemasyarakatan\
Berusaha membentuk jati diri pelapis pemimpin muda
VISI
Memasyarakatkan masjid, memasjidkan masyarakat
PIAGAM PELANGGAN
Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan sebagai instrumen dakwah mendekatkan masyarakat ke masjid
memastikan kebersihan dan keceriaan masjid sentiasa diutamakan demi keselesaan jemaah
Pelaporan kewangan dan aktiviiti yang lebih sistematik dan sentiasa dikemaskini